Fahd ibn Abdulaziz Al Saud
Fahd ibn Abdulaziz Al Saud

Fahd ibn Abdulaziz Al Saud

Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud (Arab : فهد بن عبد العزيز آل سعود) (b.1921 – 1 Ogos 2005) ialah Raja dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau merupakan Raja Arab Saudi kelima. Beliau merupakan salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas Arab Saudi iaitu Raja ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Raja Fahd menaiki takhta selepas kematian Raja Khalid pada 13 Jun 1982.Fahd dilantik menjadi Putera Mahkota apabila Raja Khalid menaiki takhta selepas raja terdahulu iaitu Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975. Raja Fahd terkena strok pada tahun 1995 dan tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah. Adik tirinya, Putera Mahkota Abdullah (sekarang ialah Raja Arab Saudi) diberi kepercayaan menjalankan tugas Raja Fahd. Putera Mahkota Abdullah dilantik menjadi Raja Arab Saudi selepas kematian Raja Fahd pada Ogos 2005.